Friday, September 28, 2012

- Gedik Lawan Mengada-ngada-


Ceritera 1

Hari: Isnin
Tarikh : 24 September 2012

Sementara menunggu Prof. ABC masuk ke dalam kelas bagi mengajar subjek Modal Insan, saya dan rakan sekumpulan bagi subjek tersebut telah berbincang mengenai tugasan kumpulan yang telah diberikan. Setiap kumpulan telah ditugaskan untuk memilih satu badan yang boleh memupuk nilai-nilai murni dalam diri serta mampu melahirkan masyarakat yang mempuyai modal insan dan berfikiran kelas pertama. Ketika sesi perbincangan, semua ahli memberikan pendapat masing-masing dan kami saling bertukar-tukar idea. Sudah menjadi lumrah, setiap idea yang dilontarkan pasti akan wujudnya penambahbaikan. Tetapi, ketika idea tersebut disuarakan saya terdengar satu suara sumbang yang boleh dikatakan mengecilkan hati saya.

Katanya: Eee, apasal gedik sangat kau ni, tadi cakap nak buat di Rumah KEWAJA, sekarang mengatal pulak nak buat di penjara. Cuba cakap betul-betul. Gedik betul!

Pergaduhan kecil telah berlaku di antara kami. Saya memang tidak dapat menerima penggunaan kata ‘gedik’ tersebut kerana pada saya, istilah gedik itu adalah sangat kurang ajar. Penggunaan perkataan itu, pada saya adalah untuk perempuan murahan yang tiada maruah diri, mengeserkan tubuh pada lelaki dan untuk perempuan yang tidak punya rasa malu berkepit dengan lelaki di hadapan khalayak sedangkan mereka belum punya ikatan.  




Bicaraku:
Kami telah berbaik semula. Rakan saya itu telah meminta maaf kepada saya. Rakan saya itu tidak bermaksudkan sedemikian rupa. Pada pendapat dia, gedik yang dimaksudkan adalah mengada-ngada dan tidak sama sekali maksud gedik yang saya faham. 

No comments:

Post a Comment