Friday, September 28, 2012

-Apa Sebenarnya yang Lelaki Fikirkan-


Ceritera 3
-Apa sebenarnya yang lelaki fikirkan-

Hari: Khamis
Tarikh: 27 September 2012

Hari ini 27 September, saya telah pergi ke Pesta Buku 2012 yang telah diadakan di Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terdapat pelbagai beraneka buku yang dijual di sana dari pelbagai universiti terkemuka di Malaysia. Antaranya USM, UM, UKM, UPM, UiTM, USIM, dan turut tidak ketinggalan, UPSI juga turut mengambil bahagian dalam Pesta Buku 2012 pada tahun ini. Pelbagai jenis genre yang boleh kita dapati disana, antaranya yang berbentuk akademik, masakan, islamik, motivasi dan sebagainya. Setelah puas berjalan dan membelek buku-buku yang dijual di kios-kios jualan buku  tersebut, saya telah terjumpa sebuah buku motivasi yang agak menarik bagi saya. Buku tersebut merupakan sebuah karya ciptaan Steve Harvey yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Tajuk buku tersebut ialah “Wanita, Berfikirlah Seperti Lelaki, ACT LIKE A Lady”



Bicaraku:
Berdasarkan tajuk buku tersebut “Wanita, Berfikirlah Seperti Lelaki, ACT LIKE A Lady” apakah rasional tajuk buku tersebut diberikan sedemikian? Adakah jika tajuk buku tersebut ditulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya akan menjejaskan peratusan jualan buku tersebut? Pada pendapat saya, buku tersebut telah mendapat keizinan untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Seharusnya, kita haruslah memperkasakan Bahasa Melayu itu sendiri. Tanpa penulis sedari, sebenarnya mereka telah menggalakkan lagi penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat. Sepatutnya, sebagai penulis yang bertauliah yang menerbitkan buku, wajar menjaga tatacara dan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan mereka dan menjadi penggerak utama dalam menentang penggunaan bahasa rojak di Malaysia. 

No comments:

Post a Comment