Friday, September 28, 2012

-Kaki Copot-


Ceritera  2

Hari: Selasa
Tarikh: 25 September 2012

Pada hari Selasa yang lalu, saya telah pergi ke Pekan Tanjung Malim bersama dua orang rakan saya untuk membayar yuran pengajian UPSI di Bank Islam. Kami telah pergi ke pekan pada waktu tengah hari di saat matahari tegak memancarkan cahayanya yang terik pada hari itu. Kami pergi ke pekan dengan berjalan kaki sahaja. Kami mendaki jejantas bagi menyeberangi landasan kereta api untuk sampai ke pekan. Ketika menyeberangi jejantas, saya bertembung dengan seorang mahasiswi UPSI lain yang kebetulan turut mendaki jejantas tersebut. Saya terdengar perbualan mahasiswi tersebut bersama rakannya.

Katanya: “ Peh, tinggi betul jejantas ni, leh copot kaki aku gamaknya kalau tiap-tiap hari  daki jejantas macam ni punya tinggi.”





Bicaraku:
Tanpa kita sedari, sebenarnya dalam kehidupan kita seharian banyak penggunaan bahasa lisan yang telah dicampuradukkan dengan pelbagai unsur bahasa lain seperti bahasa asing, dialek dan sebagainya dimana perkataan tersebut bukan daripada Bahasa Melayu asli. Penggunaan bahasa tersebut mungkin sudah menjadi kelaziman kepada penutur sehingga sampai pada satu tahap, penggunaan bahasa tersebut sukar untuk penutur ubah dan bertutur dalam Bahasa Melayu Standard. Penggunaan bahasa ini boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah dan perselisihan faham yang akhirnya boleh memberikan implikasi yang buruk. Seperti contoh perkataan diatas, ‘copot’ merupakan salah satu perkataan asing yang bermaksud tanggal. 

No comments:

Post a Comment