Saturday, October 20, 2012

_Budaya berterima kasih_


Ceritera 20

Hari: Sabtu
Tarikh:  20 Oktober 2012

Budayatolong menolong serta berterima kasih amat tebal dalam diri setiap kalangan mahasiswa dan mahasiswi di UPSI. Pernyataan ini saya berani kemukakan kerana, menerusi pemerhatian saya sepanjang lima semester di sini, saya melihat para pelajar di sini memiliki nilai-nilai positif dalam diri yang tinggi, jika mahu dibandingkan dengan para pelajar dari unuversiti lain. Saya dapat melihat, budaya mengucapkan ucapan berterima kasih diamalkan dengan baiknya. Ucapan itu bukan sahaja diberikan kepada pensyarah selepas mengajar, bahkan juga turut diberikan kepada sahabat yang sudi membantu serta pemandu-pemandu bas kitaran yang menghantar kami menuntut ilmu. Ucapan terima kasih bukanlah sesuatu yang sukar. Ucapan tersebut diberikan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang telah menaburkan jasa kepada kita.

Bicaraku:
Mengucapakn ucapan berterima kasih bukanlah satu amalan yang sukar. Ucapan ini harus diterapkan dalam diri setiap masyarakat tanpa mengira batasan umur. Ucapan ini mampu mengurangkan rasa ego dalam diri dan masyarakat. Selain itu, hanya dengan ucapan terima kasih ini mampu untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim dalam masyarakat. Ungkapan ini seharusnya wajar diterapkan dalam diri setiap golongan masyarakat kerana perlakuan ini membawa nilai yang positif jika diamalkan dalam masyarakat.




_Rewang_


Ceritera 19

Hari: Jumaat
Tarikh:  19 Oktober 2012
  
Pada 20/10/2012 merupakan tarikh keramat bagi sahabat baik saya di kampung. Dia akan melangsungkan hari berbahgianya bersama jejaka pilihan hatinya. Tetapi sayang, saya tidak mampu pulang ke kampung kerana saya mempunyai urusan penting yang harus diselesaikan. Sebagai tanda hormat, sehari sebelum majlis itu berlangsung, saya telah menghubungi sahabat baik saya itu untuk mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru.

Saya                     : Salam Muis, kau pe kabo? Sihat tak? Wah, ceria je kan suara bakal raja sehari ni, he he he
Muis                    : Waalaikumsalam. Weh farah, ko balik tak aku kawen esok? Mau tak ceria, esokkan aku akan berubah status. Sudah jadi isteri orang la katakan. He he
Saya                     : Wah, tahniah yer is. Aku nak mintak maaf pada kau. Aku tak dapat balik la esok. Aku banyak tugasan yang perlu aku selesaikan di sini. Maaf yer muis.
Muis                    :  La yeke? Sedih la aku macam ni. Kawan baik aku tak ada di sisi. Habis tu,  sape nak tolong rewang esok? Tak seronok la kau tak ada nak tolong rewang kat dapur esok. Hu hu
Saya                     : Nak buat macam mana. Aku mintak maaf banyak-banyak. Tak apala. Aku tak ada nak rewang, tapi kan kawan-kawan lain kan ade, orang-orang kampung pun ramai boleh rewang, ganti tempat aku. He he he. Ok la muis. Aku ada kuliah ni. Sampaikan salam pada ibu dan ayah kau. Selamat Pengantin Baru Muis. Salam.
Muis                     : Yela. Terima Kasih farah. Wassalam.

 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan rewang memberi maksud tidak tetap atau selalu berubah-rubah, merawang, merawak, dan bergotong royong sebagai persiapan ubtuk menjayakan sesuatu majlis. Perkataan rewang berbeza-beza mengikut negeri. Bagi mereka yang berasal dari Pahang, rewang memberi maksud perbuatan berjalan-jalan atau merayau. Tetapi bagi masyarakat di negeri Johor, rewang memberi makna yang berbeza iaitu bersama-sama bergotong-royong menyiapkan kerja dalam menjayakan sesuatu majlis. Seperti kenduri perkahwinan.

Bicaraku:
Setiap masyarakat mempunyai pandangan dan fahaman yang tersendiri terhadap sesuatu perkataan. Hal ini bergantung kepada latar belakang seseorang. Jika kita perhatikan perbualan yang di tuturkan sehari-hari bersama rakan yang berlainan negeri, pasti akan terdapat perbezaan dan persamaan bahasa yang dituturkan mengikut negeri dan daerah. 




                      Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua kerja akan menjadi mudah sekiranya kita bersama-sama, bergotong-royong melakukannya.

_Bukannya susah, hormatilah..._


Ceritera 18

Hari: Rabu
Tarikh:  17 Oktober 2012

Surau di Bangunan B.E Learning sememangnya menjadi tumpuan mahasiswa dan mahasiswi untuk menunaikan solat terutamanya fardu Zohor.  Sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang merupakan pelajar universiti yang terpelajar haruslah tahu dan mengambil cakna mengenai adap dan tatasusila ketika berada di dalam surau. Banyak perkara-perkara yang tidak elok dan tidak manis mereka lakukan ketika berada di dalam surau. Antaranya, makan dan minum di dalam surau, membuang sampah merata-rata, menggunakan telekung sebagai bantal untuk mereka tidur di dalam surau dan yang lebih menyedihkan lagi, mereka bersembang dan ketawa dengan kuat sedangkan pada masa yang sama, pelajar lain sedang menunaikan solat fardu. Dimana letaknya akal dan fikiran mereka sebagai manusia yang terpelajar? Sebenarnya, perkara ini sudah lama saya perhatikan. Gelagat dan sikap pengguna surau yang seolah-olah tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu mengenai tatasusila dan adab ketika berada di dalam surau. Kemana hilangnya rasa hormat dalam diri anda?  

Bicaraku:
Sewajarnya, kita sebagai manusia yang telah diberikan akal dan fikiran mampu berfikir mana perkara yang baik dan tidak baik jika dilakukan ketika berada di dalam surau. Sepatutnya juga kita harus peka terhadap  persekitaran terutama di dalam surau atau di dalam masjid yang merupakan tempat untuk kita beribadat. Hormatilah orang yang sedang menunaikan ibadat solat dengan tidak membuat bising.  Hormatilah orang lain dahulu, jika kita ingin orang lain menghormati kita. 





    _Gambar hiasan_



_Adap di masjid_

_Pondan, bapok, maknyah atau lelaki lembut_


Ceritera 17

Hari: Selasa
Tarikh:  16 Oktober 2012


Pondan, bapok, maknyah atau lelaki lembut? Lain perkataan tetapi satu makna. Pernahkah anda melihat golongan-golongan ini? Saya berpendapat bahawa sudah tentu anda pernah bertemu dengan spesis seperti ini dan ada juga dalam kalangan kita yang berkawan dengan golongan-golongan ini. Golongan ini merupakan golongan yang mempunyai perwatakan lembut dan berkelakuan seperti wanita. Di sini, bukan sikap atau cara mereka berpakaian yang ingin saya tonjolkan tetapi saya ingin memperlihatkan bahasa yang mereka gunakan sesama mereka dan pergaulan dengan orang lain. Mereka menggunakan bahasa yang tersendiri ketika berbual atau bersembang di laman sosial ‘facebook’ . Banyak penggunaan perkataan atau istilah yang wujud dalam kalangan golongan ini. Kepelbagaian perkataan digunakan untuk sesuatu perkara atau benda. Setelah saya membuat sedikit kajian dan dibantu oleh bahan carian di google, terdapat begitu banyak perkataan-perkataan yang sering digunakan oleh golongan-golongan ini. Sangat dangkal ilmu yang saya rasa apabila terdapat banyak perkataan-perkataan lain yang saya temui yang dituturkan oelh golongan ini. Selama ini saya hanya mengetahui ‘mak’ ‘jah’ dan ‘nok’. Disini saya lampirkan beberapa perkataan yang mereka acap kali gunakan.

menjalang - berlayar 
anak ikan - lelaki muda
askoke - askar
clust taraf - tinggi
muskuls - berotot
merasa - rasakan
dragoon - berpakaian wanita
mak/iols/hem - saya
sheols - dia (perempuan)
heols - dia (lelaki)
melertz - meletup
gurik senja - pondan tua
chantek/santek - cantik
charutan - mengejek
ittew - itu
innew - ini
gittew - gitu
 vogi - anggun
vass - hebat, dahsyat
kekwat - sombong
gayah - homoseksual/gay
veryder - sangat
tacap - bersolek
kaedahnya - bagaimanapun
katanya - fakta
over - melampau
sesuatuh - menimbulkan syak
sesuwei/sesowei - sesuai
apom - rogol
sentap - terasa
dinch - tidak
ado - hodoh
nan ado - tidak berfungsi 

gittew - gitu
can-do/can-dew - boleh tahan
vley? - boleh?
sinnew - sini
sittew - sana
bagai - dan lain-lain
segala - semua
hokey - baiklah
taw - tau
feeling2 - perasan
gigih - rajin
felda - kekampungan
sendu - sedih
nonoks - pondan-pondan
kertu - tua
lentis - melentik
hansi - buruk
fonen - pondan
choi - celaka
uols - engkau
motif - kenapa
harus - harus/wajib
deyols - mereka
cikki/kiki/lala/pepuks - wanita
jah/jork/sajork - sahaja
noks - kak
gorgonz - kacak
hanjeng - anjing
vranganz - berangan
gerdus - gersang
koser - kuasa


Bicaraku:
Begitu banyak perkataan-perkataan yang telah mereka cipta menjadi kod rahsia bagi golongan-golongan ini berkomunikasi sesama mereka khususnya dan masyarakat biasa secara umumnya. Pada pendapat peribadi saya, perkataan-perkataan yang saya nyatakan di atas sebenarnya akan menyebabkan bahasa Melayu itu akan bercampur aduk dengan bahasa-bahasa sedemikian. Hal ini mampu memberikan impak yang negatif kepada generasi-generasi pelapis yang akan datang kerana mereka tidak mengetahui atau tidak mampu membezakan bahasa Melayu yang betul atau bahasa basahan, bahasa pasar, dan juga bahasa-bahasa yang direka ini. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghargai bahasa Kebangsaan kita kerana bahasa menunjukkan bangsa.


_‘Cuba, try, test’_


Ceritera 16

Hari: Isnin
Tarikh:  15 Oktober 2012
  
Penggunaan bahasa yang bercampur sudah sebati dengan budaya kehidupan masyarakat zaman kini. Saya tidak dapat menafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian telah menyebabkan kita sendiri lupa makna perkataan, struktur bahasa Melayu yang betul dan penggunaan tatabahasa yang betul.
Contoh situasi:

Situasi 1:
Wirda dan Wanna telah pergi ke pusat membeli belah untuk membeli beberapa pasang baju untuk mereka gayakan ke Majlis tari-menari yang akan diadakan di Hotel Nirvana.

Wirda              : Wanna, cantik tak baju nie?
Wanna             : entak ek? Cantik kot. Kalau just tengok je tak tahu la cantik ke tak. Pe kata,     ko cuba, try, test dulu. Barula aku boleh bagi komen. Ok?
Pekedai           : Maaf dik. Baju-baju yang dijual dibutik ini tidak boleh untuk di cuba.
                           Terima kasih.

Bicaraku:
Penggunaan perkataan ‘cuba, try, test’ ini sudah menjadi gaya atau trend percakapan remaja masa kini. Penggunaan perkataan ini sudah menjadi kebiasaan pada mereka dan agak sukar untuk hakis dalam percakapan seharian. Inilah masalah yang kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah merojakkan bahasa Melayu. Sepatutnya, penggunaan bahasa Inggeris ini tidak wajar digunakan sama sekali. Hal ini menunjukkan betapa kita memandang remeh hal-hal yang berkaitan dengan bahasa. Bukan sahaja perkataan ‘cuba, try, test’ ini yang biasa kedengaran, malahan banyak lagi. Antaranya, ‘Ok, next.’ ‘terima kasih, thank you’ dan banyak lagi.