Hari: Jumaat
Tarikh: 5 Oktober 2012
Penggunaan bahasa bagi setiap negeri
adalah sangat berbeza. Setiap negeri pasti mempunyai loghat atau dialeknya yang
tersendiri. Semasa kami berbual dan berbincang mengenai tugasan pementasan
drama yang akan dipentaskan hujung semester ini, masing-masing memberi pendapat
dan buah fikiran bagi pementasan itu nanti.
Aishah
: Pementasan drama ni dop lame lagi nak buat doh. Kalu dalam babak 1 tu
ada tambohan plok. Aku rancang nak tamboh watak orang ngandung.boleh dop? Pie
nok?
Kenneth
: Suka-suka jak kau mau tukar-tukar skrip drama 2 bha. Ko pikir senang
ka? Semua aspek pun mau di pikir bha. Mau di ambil kira masa pastu pelakon
lagi. Bukannya senang mau dibuat semua tu’..
Aishah : ilek lu..Hok tu semua kite boleh settlekanlah.aku rancang ni untuk wak
persembahan lebih menarik agi. Pelakon tu boleh cari mula. Dop payohlah pikir
sal tu ekgi dop jadi pementasan teater kita jangan ada hok cakap belakang plok.
Kenneth : Ko mesti fikir juak. Bukan senang kita mau suruh-suruh orang. Anti
dorank ndak dapat bagi komitmen. Susah nanti kita tu.
Aishah : Herm, yela. Bereh...
Saya hanya mampu melihat dan tercengang.
Bicaraku:
Perbezaan loghat atau dialek bukan
sahaja dapat di lihat di negeri-negeri Semenanjung Malaysia sahaja, tetapi
perbezaan bahasa ini juga turut terdapat di Sabah dan Sarawak. Aishah berasal
dari Terengganu. Manakala Kenneth pula berasal dari Sabah. Masing-masing
memiliki latar belakang yang berbeza. Apabila kami berbincang sesama ahli
kumpulan dalam situasi tidak formal, pastinya masing-masing akan bertutur dalam
bahasa ibunda mereka, walaupun cuba untuk menggunakan bahasa standard, tetapi penggunaan
dialek negeri tetap ada. Saya hanya mampu melihat, apabila dua orang sahabat
saya yang berlainan latar belakang ini bertutur. Saya merasakan seperti orang
asing dan tidak mengerti butir bicara apa yang mereka bincangkan kerana memang
sukar untuk fahaminya. Akhirnya, saya terpaksa bertanyakan semula kepada Aishah
apa yang diceritakannya tadi bersama Kenneth dalam Bahasa Standard. Situasi ini
kerap kali berlaku dan menyebabkan saya terlongo mendengar.