Ceritera 3
-Apa sebenarnya yang lelaki fikirkan-
Hari: Khamis
Tarikh: 27
September 2012
Hari ini 27
September, saya telah pergi ke Pesta Buku 2012 yang telah diadakan di Dewan SITC,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terdapat pelbagai beraneka buku yang
dijual di sana dari pelbagai universiti terkemuka di Malaysia. Antaranya USM,
UM, UKM, UPM, UiTM, USIM, dan turut tidak ketinggalan, UPSI juga turut mengambil
bahagian dalam Pesta Buku 2012 pada tahun ini. Pelbagai jenis genre yang boleh
kita dapati disana, antaranya yang berbentuk akademik, masakan, islamik,
motivasi dan sebagainya. Setelah puas berjalan dan membelek buku-buku yang
dijual di kios-kios jualan buku tersebut,
saya telah terjumpa sebuah buku motivasi yang agak menarik bagi saya. Buku tersebut
merupakan sebuah karya ciptaan Steve Harvey yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa
Melayu. Tajuk buku tersebut ialah “Wanita, Berfikirlah Seperti Lelaki, ACT LIKE
A Lady”
Bicaraku:
Berdasarkan
tajuk buku tersebut “Wanita, Berfikirlah Seperti Lelaki, ACT LIKE A Lady”
apakah rasional tajuk buku tersebut diberikan sedemikian? Adakah jika tajuk
buku tersebut ditulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya akan menjejaskan peratusan
jualan buku tersebut? Pada pendapat saya, buku tersebut telah mendapat keizinan
untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Seharusnya, kita haruslah
memperkasakan Bahasa Melayu itu sendiri. Tanpa penulis sedari, sebenarnya
mereka telah menggalakkan lagi penggunaan bahasa rojak dalam kalangan
masyarakat. Sepatutnya, sebagai penulis yang bertauliah yang menerbitkan buku,
wajar menjaga tatacara dan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan mereka dan
menjadi penggerak utama dalam menentang penggunaan bahasa rojak di Malaysia.