Sunday, September 30, 2012

-Dugaan-


Ceritera 4

Hari: Jumaat
Tarikh: 28 September 2012

Ketika saya asyik melayan laman sosial facebook, hati saya tertawa melihat sebuah penulisan karangan seorang pelajar darjah 5 yang bersekolah di negeri Terengganu. Pada mulanya memang kelakar dan lucu bila membacanya, tetapi apabila saya memikirkan kembali, saya mula terasa takut. Saya berasal dari negeri Johor. Johor merupakan salah sebuah negeri yang  tiada penggunaan dialek diperkenalkan. Bagaimana keadaan saya suatu hari nanti, jika saya menjadi seorang guru dan ditugaskan mengajar di negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, dan beberapa buah negeri lain yang mempunyai dialek? Mampukah saya untuk menggalas tanggungjawab ini, mengajar mereka menulis karangan menggunakan Bahasa Melayu Standard? Persoalan yang pasti akan terungkai satu hari nanti. 


Bicaraku:                
Inilah salah satu cabaran kita sebagai guru pada masa akan datang. Sesungguhnya, bukan senang untuk jadi senang, dan  bukan susah untuk menjadi susah. Semuanya bergantung pada niat. Jika niat ikhlas kerana Allah, pasti Allah permudahkan segala urusan kita. Penggunaan bahasa dialek dalam kalangan pelajar memang sukar untuk dihakis. Mendidik pelajar menulis karangan dengan menggunakan Bahasa Melayu Standard juga bukanlah mudah tetapi ia juga bukanlah satu yang mustahil. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan tahu amanah yang harus digalas ini, saya akan cuba sedaya yang mungkin untuk menjadikan pelajar saya mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu Standard. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. 

No comments:

Post a Comment