Ceritera 22
Hari: Selasa
Hari: Selasa
Tarikh:
23 Oktober 2012
Hari ini saya telah pergi ke Pejabat
Pos untuk menguruskan sedikit urusan peribadi. Sebagaimana prosedur yang telah
ditetapkan , setiap pelanggan di minta mengambil angka giliran. Selang beberapa
ketika menunggu giliran, saya lihat ada seorang wanita dalam lingkungan 50-an
tiba di satu sudut yang menempatkan meja mengambil borang dan mengambil nombor.
Namun setelah beberapa ketika saya lihat wanita berkenaan masih lagi berdiri di
situ tidak berbuat apa-apa dan hanya memandang pelanggan-pelanggan lain
mengambil nombor giliran untuk berurusan di kaunter. Menerusi riak wajah dan
bahasa badan yang ditunjukkan oleh wanita itu, saya berpendapat wanita itu tidak
tahu mengisi borang atau mengambil angka giliran. Melihat peristiwa tersebut
hati saya terdetik, dalam ramai-ramai pelanggan yang ada di situ, mengapa tidak
ada seorang pun pelanggan yang baik hati ingin menghulurkan pertolongan
menolong wanita berkenaan yang kelihatan termangu di meja itu? Masing-masing
hanya melihat dari jauh dan berdiam diri tidak membantu. Tanpa berlengah lagi,
saya terus bangun dari tempat duduk dan membantu wanita berkenaan menyelesaikan
urusannya.
Saya :
Salam mak cik, boleh saya bantu?
Mak cik : Waalaikumsalam. Nak, mak cik nak bayar cukai pintu. Tapi
mak cik tak tahu.
Saya : oh, tak apa mak cik. Ni
angka giliran mak cik. Bila nombor ini di panggil, mak cik silalah ke kaunter
untuk membuat pembayaran.
Mak cik : Terima kasih nak. Mak cik tak tahu.
Bicaraku:
Kadang-kala perlakuan manusia itu
sukar untuk kita fahami. Dalam ceritera wanita itu tadi ada beberapa perkara
yang dapat saya kesan antaranya sikap masyarakat yang tidak mengambil cakna
akan kesusahan orang lain dan masing-masing hanya mementingkan diri sendiri
sahaja. Sikap sedemian harus diubah sama sekali dan sepatutnya tidak perlu
wujud dalam kamus kehidupan kita. Sekiranya masyarakat terus bersikap
sedemikian, maka tidak hairanlah jika negara yang kita cintai ini suatu hari
nanti menjadi sebuah negara yang tidak harmoni dan tidak sejahtera. Selain itu,
wanita itu juga tidak mahir dalam aspek berkomunikasi. Contohnya, bagaimana
mahu memulakan pertanyaan dan sebagainya. Mungkin juga wanita tersebut memiliki
sifat malu dan rendah diri. Sepatutnya wanita berkenaan haruslah bertanya sama
ada kepada pelanggan yang lalu-lalang di situ atau bertanya di kaunter
pertanyaan bank berkenaan. Hal ini telah menggambarkan betapa kemahiran
berkomunikasi dan tingkah laku itu sangat berkait rapat dan penting dalam
kehidupan seharian.
Usia bukanlah satu penghalang untuk kita membantu orang lain
Usia bukanlah satu penghalang untuk kita membantu orang lain
No comments:
Post a Comment