Ceritera 21
Hari: Isnin
Hari: Isnin
Tarikh:
22 Oktober 2012
Pengaruh drama bersiri ‘Apa Celop’ amat
memberi kesan kepada rakan-rakan saya. Setiap hari pasti ada sahaja perbualan
yang akan diselitkan dengan dialog yang terdapat dalam drama bersiri tersebut. Antara
dialog popular yang sering disebut oleh rakan-rakan saya ialah “luu apa celop
toqq,” sewaktu berbual. Pada mulanya, saya tidak memahami langsung dialog apa
yang dituturkan oleh rakan-rakan saya kerana saya belum lagi menonton drama
bersiri tersebut. Secara jujurnya saya akui, saya kurang meminati cerita melayu
yang berkisarkan genre komedi melayu atau kita sering kenali sebagai cerita
‘lawak bodoh’. Saya berpendapat bahasa, lawak yang disampaikan oleh pelakon
tersebut hanyalah satu lawak yang memperbodohkan diri sendiri. Tidak memberikan
sebarang nilai dan lebih buruk lagi cerita sedemikian mampu merosakkan bahasa
Melayu. Oleh sebab, rakan saya mempromosikan bersunguh-sungguh kepada saya dan
mengatakan cerita ini seronok di tonton, mampu menghilangkan tekanan ketika
belajar, saya pun meminta cerita itu daripadanya. Setelah saya selesai menonton
cerita tersebut, saya dapati drama ini memiliki unsur-unsurnya yang tersendiri
yang mampu mempengaruhi dan merosakkan bahasa seseorang.
Bicaraku:
Generasi kini terutama golongan remaja mudah
terpengaruh dan tertarik terhadap sesuatu yang menarik hati dan minat mereka.
Drama bersiri ‘Apa Celop’ merupakan contoh yang terdekat yang boleh dijadikan
contoh untuk menunjukkan pengaruhnya yang mampu mempengaruhi golongan remaja. Penggunaan bahasanya yang
mudah dan kelakar seperti yang terdapat dalam cerita ini menyebabkan para
penonton menyukainya dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Secara keseluruhannya, medium komunikasi terutamanya media elektronik seperti
television dan radio memainkan pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat
terutama pengaruh bahasa dan kelakuan.
No comments:
Post a Comment