Saturday, October 20, 2012

_Bukannya susah, hormatilah..._


Ceritera 18

Hari: Rabu
Tarikh:  17 Oktober 2012

Surau di Bangunan B.E Learning sememangnya menjadi tumpuan mahasiswa dan mahasiswi untuk menunaikan solat terutamanya fardu Zohor.  Sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang merupakan pelajar universiti yang terpelajar haruslah tahu dan mengambil cakna mengenai adap dan tatasusila ketika berada di dalam surau. Banyak perkara-perkara yang tidak elok dan tidak manis mereka lakukan ketika berada di dalam surau. Antaranya, makan dan minum di dalam surau, membuang sampah merata-rata, menggunakan telekung sebagai bantal untuk mereka tidur di dalam surau dan yang lebih menyedihkan lagi, mereka bersembang dan ketawa dengan kuat sedangkan pada masa yang sama, pelajar lain sedang menunaikan solat fardu. Dimana letaknya akal dan fikiran mereka sebagai manusia yang terpelajar? Sebenarnya, perkara ini sudah lama saya perhatikan. Gelagat dan sikap pengguna surau yang seolah-olah tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu mengenai tatasusila dan adab ketika berada di dalam surau. Kemana hilangnya rasa hormat dalam diri anda?  

Bicaraku:
Sewajarnya, kita sebagai manusia yang telah diberikan akal dan fikiran mampu berfikir mana perkara yang baik dan tidak baik jika dilakukan ketika berada di dalam surau. Sepatutnya juga kita harus peka terhadap  persekitaran terutama di dalam surau atau di dalam masjid yang merupakan tempat untuk kita beribadat. Hormatilah orang yang sedang menunaikan ibadat solat dengan tidak membuat bising.  Hormatilah orang lain dahulu, jika kita ingin orang lain menghormati kita. 





    _Gambar hiasan_



_Adap di masjid_

No comments:

Post a Comment