Ceritera 19
Hari: Jumaat
Hari: Jumaat
Tarikh:
19 Oktober 2012
Pada 20/10/2012 merupakan tarikh keramat bagi
sahabat baik saya di kampung. Dia akan melangsungkan hari berbahgianya bersama
jejaka pilihan hatinya. Tetapi sayang, saya tidak mampu pulang ke kampung
kerana saya mempunyai urusan penting yang harus diselesaikan. Sebagai tanda
hormat, sehari sebelum majlis itu berlangsung, saya telah menghubungi sahabat
baik saya itu untuk mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru.
Saya : Salam Muis, kau pe kabo? Sihat tak? Wah,
ceria je kan suara bakal raja sehari ni, he he he
Muis : Waalaikumsalam. Weh farah,
ko balik tak aku kawen esok? Mau tak ceria, esokkan aku akan berubah status.
Sudah jadi isteri orang la katakan. He he
Saya : Wah, tahniah yer is. Aku
nak mintak maaf pada kau. Aku tak dapat balik la esok. Aku banyak tugasan yang
perlu aku selesaikan di sini. Maaf yer muis.
Muis : La yeke? Sedih la aku macam ni. Kawan baik
aku tak ada di sisi. Habis tu, sape nak
tolong rewang esok? Tak seronok la kau tak ada nak tolong rewang
kat dapur esok. Hu hu
Saya : Nak buat macam mana. Aku
mintak maaf banyak-banyak. Tak apala. Aku tak ada nak rewang, tapi kan
kawan-kawan lain kan ade, orang-orang kampung pun ramai boleh rewang,
ganti tempat aku. He he he. Ok la muis. Aku ada kuliah ni. Sampaikan salam pada
ibu dan ayah kau. Selamat Pengantin Baru Muis. Salam.
Muis : Yela. Terima Kasih
farah. Wassalam.
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan rewang memberi maksud tidak tetap atau
selalu berubah-rubah, merawang, merawak, dan bergotong royong sebagai persiapan
ubtuk menjayakan sesuatu majlis. Perkataan rewang berbeza-beza mengikut negeri.
Bagi mereka yang berasal dari Pahang, rewang memberi maksud perbuatan
berjalan-jalan atau merayau. Tetapi bagi masyarakat di negeri Johor, rewang
memberi makna yang berbeza iaitu bersama-sama bergotong-royong menyiapkan kerja
dalam menjayakan sesuatu majlis. Seperti kenduri perkahwinan.
Bicaraku:
Setiap masyarakat mempunyai pandangan dan
fahaman yang tersendiri terhadap sesuatu perkataan. Hal ini bergantung kepada
latar belakang seseorang. Jika kita perhatikan perbualan yang di tuturkan
sehari-hari bersama rakan yang berlainan negeri, pasti akan terdapat perbezaan
dan persamaan bahasa yang dituturkan mengikut negeri dan daerah.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua kerja akan menjadi mudah sekiranya kita bersama-sama, bergotong-royong melakukannya.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua kerja akan menjadi mudah sekiranya kita bersama-sama, bergotong-royong melakukannya.
No comments:
Post a Comment