Saturday, October 20, 2012

_Budaya berterima kasih_


Ceritera 20

Hari: Sabtu
Tarikh:  20 Oktober 2012

Budayatolong menolong serta berterima kasih amat tebal dalam diri setiap kalangan mahasiswa dan mahasiswi di UPSI. Pernyataan ini saya berani kemukakan kerana, menerusi pemerhatian saya sepanjang lima semester di sini, saya melihat para pelajar di sini memiliki nilai-nilai positif dalam diri yang tinggi, jika mahu dibandingkan dengan para pelajar dari unuversiti lain. Saya dapat melihat, budaya mengucapkan ucapan berterima kasih diamalkan dengan baiknya. Ucapan itu bukan sahaja diberikan kepada pensyarah selepas mengajar, bahkan juga turut diberikan kepada sahabat yang sudi membantu serta pemandu-pemandu bas kitaran yang menghantar kami menuntut ilmu. Ucapan terima kasih bukanlah sesuatu yang sukar. Ucapan tersebut diberikan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang telah menaburkan jasa kepada kita.

Bicaraku:
Mengucapakn ucapan berterima kasih bukanlah satu amalan yang sukar. Ucapan ini harus diterapkan dalam diri setiap masyarakat tanpa mengira batasan umur. Ucapan ini mampu mengurangkan rasa ego dalam diri dan masyarakat. Selain itu, hanya dengan ucapan terima kasih ini mampu untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim dalam masyarakat. Ungkapan ini seharusnya wajar diterapkan dalam diri setiap golongan masyarakat kerana perlakuan ini membawa nilai yang positif jika diamalkan dalam masyarakat.




No comments:

Post a Comment