Ceritera 16
Hari: Isnin
Hari: Isnin
Tarikh:
15 Oktober 2012
Penggunaan bahasa yang bercampur sudah sebati
dengan budaya kehidupan masyarakat zaman kini. Saya tidak dapat menafikan
bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian telah menyebabkan
kita sendiri lupa makna perkataan, struktur bahasa Melayu yang betul dan
penggunaan tatabahasa yang betul.
Contoh situasi:
Situasi 1:
Wirda dan Wanna telah pergi ke pusat membeli
belah untuk membeli beberapa pasang baju untuk mereka gayakan ke Majlis
tari-menari yang akan diadakan di Hotel Nirvana.
Wirda :
Wanna, cantik tak baju nie?
Wanna : entak ek? Cantik kot. Kalau just
tengok je tak tahu la cantik ke tak. Pe kata, ko cuba, try, test dulu. Barula aku
boleh bagi komen. Ok?
Pekedai : Maaf dik. Baju-baju yang dijual
dibutik ini tidak boleh untuk di cuba.
Terima kasih.
Bicaraku:
Penggunaan perkataan ‘cuba, try, test’ ini
sudah menjadi gaya atau trend percakapan remaja masa kini. Penggunaan perkataan
ini sudah menjadi kebiasaan pada mereka dan agak sukar untuk hakis dalam
percakapan seharian. Inilah masalah yang kadang-kadang kita tidak sedar bahawa
kita telah merojakkan bahasa Melayu. Sepatutnya, penggunaan bahasa Inggeris ini
tidak wajar digunakan sama sekali. Hal ini menunjukkan betapa kita memandang
remeh hal-hal yang berkaitan dengan bahasa. Bukan sahaja perkataan ‘cuba, try,
test’ ini yang biasa kedengaran, malahan banyak lagi. Antaranya, ‘Ok, next.’
‘terima kasih, thank you’ dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment