Hari: Khamis
Tarikh:
11 Oktober 2012
Perubahan trend atau gaya berpakaian menjadi
isu yang sangat popular dalam kalangan masyarakat masa kini, terutamanyanya
golongan remaja. Perubahan ini tidak
pernah mengenal erti siapa, apa, di mana dan bagaimana ia boleh berlaku.
Perubahan atau trend berpakaian ini meliputi segenap lapisan masyarakat bermula
daripada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan tidak ketinggalan juga warga tua
yang sangat menitikberatkan soal penampilan dan fesyen. Trend berpakaian ini
tidak pernah menetapkan batas usianya. Pelbagai gaya dan trend berpakaian telah
wujud di Malaysia antaranya trend agogo,warna-warni, hip-hop, punk, skinny dan zaman melenium kini pula trend berpakaian seperti kumpulan gangnam stael
telah menjadi trend remaja masa kini. Apabila wujudnya fenomena berpakaian dengan gaya yang baru, maka gaya
lama sudah mula ditinggalkan dan menjadi trend zaman mbien.
Contoh situasi:
Situasi 1:
Majlis perjumpaan semula bagi semua
pelajar-pelajar tingkatan enam akan diadakan di pusat membeli-belah Angsana pada
hujung minggu ini.
Ain : Yoo, ‘what
up my friend’ ko pe kabo, dah lama
tak jumpa. Ko kat mana sekarang nie? Dah maju aku tengok kau sekarang, banyak
betul berubah?
He he he
Aminah
: Yoo ‘sis’ aku sihat la. Memang la dah lama ko tak jumpa aku. Aku
sekarang dah kerja, tinggal pula di Seremban. Aku keje kat sana la sekarang
nie. Aku macam nie jela Ain, mana ada yang berubah.
Ain: : tak berubah ko cakap, cuba
ko tengok trend pakaian ko nie ha, tudung kuning, baju merah, seluar biru,
kasut hijau, pehhhhhhhhhhhh dah macam orang ulu mane dah. Warna-warni segala
bagai. Weh, Minah. Trend warna-warni nie dh lama orang tak pakai la. Trend
zaman mbien mane la ko tiru nie. Ha ha ha
Bicaraku:
Menerusi contoh situasi di atas, kita dapat
memahami dengan lebih mendalam lagi dengan penggunaan sebenar perkataan Zaman
Mbien ini digunakan. Zaman Mbien membawa maksud zaman dahulu. Perkataan ini
berasal daripada Jawa dan masih diguna pakai sehingga ke hari ini walaupun
bilangan penuturnya semakin berkurangan. Hal ini disebabkan, tiada pelapis yang ingin mempelajari bahasa Jawa ini.
Mungkin sukar difahami dan dituturkan dalam kehidupan seharian menjadikan ia
sebagai indikator utama bahasa ini sukar untuk dikembangkan dan semakin pupus
darsawarsa kini.
_Trend pemakaian seperti Zaman Mbien_
No comments:
Post a Comment