Hari: Sabtu
Tarikh:
13 Oktober 2012
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya
dengan tempat-tempat pelancongan semula jadi yang indah serta pesona mata
memandang. Kekayaan hasil ini telah menarik minat pelancong dalam dan luar
negara untuk melancong dan mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pada
minggu lepas, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Pulau Pinang untuk
menjalankan kajian lapangan bagi subjek kesusasteraan. Di sepanjang perjalanan
menuju ke destinasi, saya meneliti panorama dan keindahan di negeri orang. Mata
saya bagai di cucuk-cucuk apabila melihat banyak sungguh kesalahan bahasa yang
dilakukan pada penggunaan papan tanda, tidak kira di jalan raya, di
premis-premis perniagaan dan tempat-tempat awam. Kesalahan bahasa ini tidak
sewajarnya berlaku. Sebagai contoh ejaan P.E.R.C.I.T.A.K.A.N. terang lagi
bersuluh bahawa ejaan ini salah mengikut hukum ejaan bahasa Melayu. Tetapi
mengapa papan tanda ini masih gah di pamerkan pada premis perniagaan?
Sepatutnya, perkataan tersebut di eja dengan P.E.R.C.E.T.A.K.A.N. Jika fenomena
ini dibiarkan dan terus berlarutan, tidak mustahil jika suatu hari nanti
penggunaan ejaan bahasa Melayu yang betul ini di pandang enteng, terutama oleh
bangsa asing.
Bicaraku:
Keindahan negara kita Malaysia ini tidak
seharusnya dicacatkan penggunaan bahasa dan ejaan yang salah di papan tanda
kedai makan, premis perniagaan dan iklan-iklan yang dipaparkan sehingga
menimbulkan kekeliruan kepada kita. Situasi ini amat mempengaruhi gaya
berbahasa terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Seperti yang kita ketahui, Bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Jika kita sendiri yang
merosakkannya, siapa lagi yang boleh menghormati bahasa ibunda kita ini? Sayang
sekali, perkara seperti ini sering di pandang mudah oleh masyarakat kita pada
hari ini. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Pihak yang bertanggungjawab
haruslah mengenakan tindakan yang tegas terhadap mereka yang bersalah. Tidak
ketinggalan juga, kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin haruslah menjaga
maruah bahasa ibunda kita sendiri agar tidak dicemari dan dinodai oleh bahasa-bahasa asing.
_kesalahan ejaaan yang semakin berleluasa_
No comments:
Post a Comment