Hari: Isnin
Tarikh: 8 Oktober 2012
Sudah lama rasanya saya tidak suakan
tinta dalam blog ini dan pada hari ini saya ingin bercerita mengenai ‘padah di
jalan raya’. Lampu isyarat??? Jika ditanya mengenai lampu isyarat pasti semua
orang tahu. Tetapi, sekadar tahu sahaja tidak cukup sekiranya kita tidak
mengikuti peraturannya. Ketika berada di atas jalan raya, pasti kita akan
terikat dengan pelbagai jenis peraturan. Contohnnya, peraturan mematuhi lampu
isyarat, memotong kenderaan, meletakkan kenderaan dan banyak lagi. Seperti
sedia maklum, lampu isyarat memiliki tiga warna asas iaitu merah, kuning dan
hijau. Merah tanda berhenti, kuning tanda sedia dan hijau tanda jalan. Tetapi
malangnya walaupun sudah acap kali peringatan telah diberikan, ada sahaja
pemandu yang tidak bertanggungjawab melanggar peraturan ini dan telah
mengakibatkan berlakunya kemalangan yang boleh membawa maut. Sukarkah untuk
kita mengikuti peraturan jalan raya? Saya sering tertanya-tanya, “Mengapa
begitu ramai pengguna jalan raya terutamanya pengguna motorsikal yang sanggup
memperjudikan nyawa dan anggota badan serta sanggup bertaruh nyawa dengan
kematian semata-mata tidak menghiraukan lampu isyarat ketika melintas di persimpangan
jalan?” Pelikkan? Tetapi itulah realiti,
pelik tapi benar.
Bicaraku:
Isu melanggar lampu isyarat di jalan raya
bukanlah satu isu yang baharu dalam kalangan masyarakat. Tetapi yang menjadi
persoalannya disini, mengapa kadar kemalangan di jalan raya terutama yang berlaku
di persimpangan jalan naik semakin mendadak? Sedangkan, pihak yang
bertanggungjawab telah melakukan berbagai-bagai usaha untuk menangani masalah
ini. Sebenarnya, permasalahan ini tidak akan pernah selesai jika pengguna jalan
raya sendiri tidak cakna dan tidak memiliki kesedaran untuk mengikuti peraturan
yang telah di gariskan ketika kita berada di jalan raya. Kesedaran dalam diri
pengguna jalan raya amatlah penting bagi mengurangkan kadar kemalangan dan maut
di jalan raya.
_Padah melanggar lampu isyarat_
_Padah melanggar lampu isyarat_
No comments:
Post a Comment