Saturday, October 6, 2012

_ Loghat ayam dan itik_

Ceritera 10

Hari: Jumaat
Tarikh: 5 Oktober 2012

Penggunaan bahasa bagi setiap negeri adalah sangat berbeza. Setiap negeri pasti mempunyai loghat atau dialeknya yang tersendiri. Semasa kami berbual dan berbincang mengenai tugasan pementasan drama yang akan dipentaskan hujung semester ini, masing-masing memberi pendapat dan buah fikiran bagi pementasan itu nanti.

Aishah         : Pementasan drama ni dop lame lagi nak buat doh. Kalu dalam babak 1 tu ada tambohan plok. Aku rancang nak tamboh watak orang ngandung.boleh dop? Pie nok?

Kenneth      : Suka-suka jak kau mau tukar-tukar skrip drama 2 bha. Ko pikir senang ka? Semua aspek pun mau di pikir bha. Mau di ambil kira masa pastu pelakon lagi. Bukannya senang mau dibuat semua tu’..
Aishah         : ilek lu..Hok tu semua kite boleh settlekanlah.aku rancang ni untuk wak persembahan lebih menarik agi. Pelakon tu boleh cari mula. Dop payohlah pikir sal tu ekgi dop jadi pementasan teater kita jangan ada hok cakap belakang plok.
Kenneth      : Ko mesti fikir juak. Bukan senang kita mau suruh-suruh orang. Anti dorank ndak dapat bagi komitmen. Susah nanti kita tu.
Aishah        : Herm, yela. Bereh... 


Saya hanya mampu melihat dan tercengang.

Bicaraku:
Perbezaan loghat atau dialek bukan sahaja dapat di lihat di negeri-negeri Semenanjung Malaysia sahaja, tetapi perbezaan bahasa ini juga turut terdapat di Sabah dan Sarawak. Aishah berasal dari Terengganu. Manakala Kenneth pula berasal dari Sabah. Masing-masing memiliki latar belakang yang berbeza. Apabila kami berbincang sesama ahli kumpulan dalam situasi tidak formal, pastinya masing-masing akan bertutur dalam bahasa ibunda mereka, walaupun cuba untuk menggunakan bahasa standard, tetapi penggunaan dialek negeri tetap ada. Saya hanya mampu melihat, apabila dua orang sahabat saya yang berlainan latar belakang ini bertutur. Saya merasakan seperti orang asing dan tidak mengerti butir bicara apa yang mereka bincangkan kerana memang sukar untuk fahaminya. Akhirnya, saya terpaksa bertanyakan semula kepada Aishah apa yang diceritakannya tadi bersama Kenneth dalam Bahasa Standard. Situasi ini kerap kali berlaku dan menyebabkan saya terlongo mendengar. 

No comments:

Post a Comment