Sunday, September 30, 2012

-Lagu Genre Masa Kini-


Ceritera 5

Hari: Sabtu
Tarikh: 29 September 2012

Ketika saya sedang sibuk mencari idea untuk dimuatkan di dalam ruangan penulisan diari ini, saya telah mengambil keputusan untuk keluar dari bilik dan  duduk berehat di beranda rumah sambil menenangkan fikiran saya yang sudah mula terasa kusut. Ketika saya leka mendengar lagu-lagu yang dimainkan di corong radio Suria.fm,  tiba-tiba saya terdengar sebuah lagu corak alunan masa kini, yang berentak rep (gaya muzik yang seni kata lagunya tidak dinyanyikan) telah dimainkan. Pada mulanya, saya turut nyanyi bersama, tetapi bila saya menghayati lirik lagu tersebut, terdapat sedikit kejanggalan pada lirik lagu itu.


Bicaraku:
Lagu juga merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk kita mendidik masyarakat mencintai bahasa ibunda sendiri. Mengapa perlu wujudnya percampuran bahasa dalam penulisan lirik tersebut? Sewajarnya sebelum lagu tersebut diterbitkan, lagu itu perlu ditapis terlebih dahulu. Sekiranya wujud penggunaan bahasa rojak pada lirik lagu berkenaan, maka lagu tersebut tidak boleh diluluskan penerbitannya. Sebenarnya, tanpa kita sedari fenomena yang telah mula menular dalam kalangan masyarakat kita ini, mampu membunuh sedikit demi sedikit pengunaan Bahasa Melayu di negara kita. Kita harus mendidik anak bangsa kita mencintai bahasa ibunda mereka sendiri, bukannya berbangga dan mengagungkan bahasa penjajah. 

No comments:

Post a Comment