Hari: Rabu
Tarikh: 3
Oktober 2012
Hampir
sebulan kami duduk di rumah sewa, keperluan dapur dan peribadi semakin habis,
saya dan rakan serumah yang lain pergi ke Pasaraya Metro Saver untuk membeli barang keperluan kami. Beras, kicap, sos,
maggi, susu, gula dan banyak lagi keperluan dapur perlu dibeli. Masing-masing
sibuk mencari keperluan dapur dan peribadi. Ketika di satu sudut, saya lihat
rakan saya seperti termangu-mangu mencari
sesuatu yang dia mahukan.
Farah :
Kau cari apa za?
Za : Aku cari biskut ni. Tak jumpa pun. Farah
nampak dak?
Farah : La...yang depan mata kau tu apa? Kan biskut
2...
Za : apa pula biskut, kan ni roti...
Farah : ni biskut la...roti kan kat rak depan.
Za :
Eh, aku lupa pulak...kalau di Kedah roti dipanggil biskut. Biskut pun di
panggil biskut. Kami campuq semua. Semua sama.biskut Macam tu juga dengan
cokelat. Coklat pun kami panggil cokelat, gula-gula pun cokelat. Semua hentam
perabeh nama cokelat.
Farah :
Patutla...kalau aku tolong carikan tadi, sampai esok tak jumpa...huhu
Bicaraku:
Ragam bahasa
mengikut setiap negeri di Malaysia memang sukar untuk kita tafsir dan pelajari
satu persatu. Namun, cukup sekiranya kita tahu serba sedikit bahasa loghat atau
dialek sesebuah negeri itu. Tidaklah kita digelar seperti “katak di bawah
tempurung”. Tidak mengetahui perkembangan di dunia sekeliling. Dan yang paling
utama, jika kita mampu mempelajari serba sedikit dialek atau loghat negeri
orang lain, maka tidaklah kita terlalu dangkal bergaul dengan mereka. Dalam
ceritera di atas, merupakan salah satu situasi yang menunjukkan perbezaan
perkataan kepada benda yang sama. Za berasal dari Kedah. Kebiasaannya, orang
Kedah akan memanggil biskut dan roti dengan perkataan yang sama, iaitu biskut.
Tidak sama seperti Farah yang berasal dari Johor yang sedia maklum menggunakan
bahasa standard, memang tidak mempunyai loghat atau dialek.
Roti
Biskut
No comments:
Post a Comment