Hari: Selasa
Tarikh: 2
Oktober 2012
Situasi ini
memang tidak saya duga. Saya telah dituduh oleh kawan-kawan suka cakap perkataan mencarut. Situasi ini
bermula pada satu hari, saya dan rakan-rakan sibuk bersiap untuk pergi ke kuliah.
Aisyah : weh, cepat lah sikit mek eh.
Pukul berape doh ni, mu dop siap
lagi ke nak gi kuliah. Aku kepok molek
mu ekgi.cepat!!!
Saya : yer... aku dah nak siap la ni, tolong aku jap
anu nie. (sambil mulut muncung ke
arah butang baju di lengan)
Aisyah : anu??? Mu ni carut plok pagi-pagi.
Lambat doh ni,sibuk nak carut plok. Mu ni xmalu ke? Anu, anu...nape anu tu??
Saya : ???????
Aisyah : kalu orang lelaki dengar mesti ye kata
mu gatal...
Saya : apa kau merepek? Apa yang aku gatalnya? Pelik...aku cakap benda betul. Aku minta tolong. Apa yang carutnya?
Aisyah : anu tu kan bermaksud #$*&^@%$
lelaki...dop kan mu dop tahu..berat nanang mu ni..
Saya : la.....yeke? mana aku tahu. Aku
mintak tolong ko butangkan baju aku. Itu je...
Bicaraku:
Kelainan
berbahasa dan makna dalam pertuturan kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya perselisihan faham dan mesej yang diberi tidak sampai. Hal ini biasa berlaku
sekiranya penutur berasal dari negeri dan latar belakang yang berbeza. Berdasarkan
ceritera di atas, saya berasal dari Johor, dan Aisyah pula berasal dari
Terengganu. Penggunaan perkataan ANU masing-masing membawa maksud yang berbeza.
Pada saya yang berasal dari Johor, ANU membawa maksud ganti nama bagi sesuatu
benda. Manakala, pada Aisyah ANU bermaksud alat sulit lelaki. Disini, telah
wujud percanggahan makna yang sangat berbeza. Kita seharusnya lebih berfikiran
terbuka, kerana kita hidup masyarakat, masing-masing mempunyai ragam bahasa
yang tersendiri dan bersamalah kita mempelajari dan memahami agar tidak berlaku
sebarang perselisihan faham dan akhirnya boleh membawa kepada pergaduhan.
No comments:
Post a Comment