Saturday, October 6, 2012

_Pantun Sudah Kembali_


Ceritera 6

Hari: Isnin
Tarikh: 1 Oktober 2012
Penggunaan pantun dalam kalangan masyarakat Melayu kini kian pupus dek  di telan arus zaman.  Dalam mengejar era globalisasisi, tradisi lama itu semakin hilang di mamah waktu. Namun, tanpa kita sedari sebenarnya tradisi berpantun sudah mula kembali dan mewarnai dunia masyarakat Melayu. Malah penggunaan pantun masa kini  lebih menarik lagi. Pantun yang dulunya biasa dilihat ketika majlis-majlis perkahwinan kini telah bertukar corak. Pantun menjadi wadah oleh masyarakat Melayu sebagai medium untuk meluahkan rasa tanpa menyinggung perasaan orang lain, berjenaka, nasihat serta bertujuan untuk mendidik.





Bicaraku:
Penggunaan ungkapan dan perkataan di dalam sesebuah pantun sangat indah.  Penggunaan bahasa yang diolah mampu mendidik dan mengasah minda kita untuk menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan sesebuah karya. Pantun yang dulunya  suram, tidak diminati oleh golongan muda telah kembali mewarnai arena kehidupan.  Pantun telah menjadi trend anak muda masa kini dalam meluahkan perasaan, menyindir dan tunjuk perasaan. Tidak perlu menggunakan kata-kata kesat untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan hati, kerana akibatnya sangat buruk. Lebih malang lagi, pelbagai masalah mungkin akan timbul kerana kesilapan berbicara. “Kerana pulut, santan binasa; kerana mulut badan merasa”

No comments:

Post a Comment