Ceritera 25
Hari: Jumaat
Hari: Jumaat
Tarikh:
26 Oktober 2012
Hari ini merupakan Hari Raya Aidiladha. Sepertimana
rutin yang selalu keluarga saya lakukan, kami akan berkumpul di rumah pusaka
keluarga arwah datuk, berkumpul bersama-sama sanak saudara dan mengadakan majlis kenduri
doa selamat. Kaum kerabat yang jauh juga, pasti akan pulang ke
kampung bagi menjayakan majlis doa selamat tersebut. Semua sanak saudara cantik
berbaju kurung dan bertudung bagi perempuan. Bagi lelaki pula mereka semua
segak berbaju melayu, bersongkok dan bersamping bersiap sedia untuk pergi
menunaikan Solat Aidiladha. Sedang saya sibuk menolong membuat persiapan
kenduri di dapur, saya lihat salah seorang sepupu saya memakai pakaian yang
agak tidak sopan pada hari yang mulia ini. Dia memakai pakaian yang mencolok
mata kepada sesiapa sahaja yang memandang serta pakaian yang dipakainya itu seperti
tidak menghormati hari mulia tersebut. Dia memakai baju t-shirt berlengan
pendek yang mengikut bentuk tubuh, memakai seluar jeans yang ketat, rambut
keperangan, make-up yang tebal serta pelbagai eksoseri hiasan yang tidak sesuai dan sepatutnya tidak dipakai pada Hari Raya Aidiladha. Apabila dia ditegur dan
ditanya oleh Mak Long mengapa dia tidak berbaju kurung, dia menjawab,
Suri : Ala Mak Long, rilex la. Ni kan trend
zaman sekarang. Apa kalau tak pakai baju kurung tu, kita semua ni tak raya ke?
Mak Long : oh, baguslah tu. Jadi nanti kalau
suri nak pergi berenang pakailah baju kurung tu yer. Apa kalau tak pakai baju
renang tu, suri nanti tak boleh berenang ke? Tak gitu suri? (Mak Long hanya
mampu menggeleng)
Bicaraku:
Baju kurung, baju Melayu, songkok dan samping
melambangkan jati diri orang Melayu. Jika bukan kita yang mempertahankannya dan
memakainya, siapa lagi? Bukan kita diharamkan untuk memakai pakaian lain seperti
t-shrit, seluar jeans, topi dan sebagainya. Tetapi, bagi sesetengah majlis yang
ada berunsurkan keagamaan, lebih molek kiranya jika kita memakai baju kurung
dan bertudung agar kelihatan lebih manis dan menghormati majlis yang dihadiri.
Kita harus bijak memilih pakaian mengikut situasi yang kita hadiri. Bukan
budaya kita memakai baju t-shirt, berseluar jeans, bertopi dan sebagainya dalam
majlis-majlis keramaian. Jika kita terlampau obses mengikuti trend atau gaya
berpakaian semasa sekalipun, kita harus bijak memilih pakaian yang wajar
dipakai untuk majlis-majlis tertentu.
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan